Frequently Asked Questions (FAQ) BM | BI | CHINESE
 
Soalan Lazim untuk Plug In MosFree

1. Bilakah saya perlu memasang Plug In Mos Free?

2. Berapa lamakah saya perlu memasang alat ini?

3. Adakah alat ini berbahaya kepada manusia atau haiwan peliharaan?

4. Di manakah saya perlu memasang alat ini?

5. Semasa saya menonton televisyen, bolehkah alat ini diletakkan berhampiran saya?

6. Berapakah ketinggian dari tanah untuk memasang alat ini?

7. Bolehkah saya menggunakan alat ini di luar rumah?

8. Adakah Plug In MosFree ini mengeluarkan bunyi bising?

9. Adakah Plug In MosFree menarik serangga lain?

10.Bolehkah saya menggunakan alat ini di dalam bilik anak saya dengan kehadiran mereka di dalam bilik tersebut?

11. Bolehkah saya memerangkap dan menghapuskan semua nyamuk di kawasan saya?

12. Berapakah kos penggunaan alat ini?

13. Berapa lamakah MOSFREE boleh digunakan?

14. Adakah MOSFREE memerlukan sebarang penyelenggaraan?

15. Apakah yang saya perlu lakukan dengan nyamuk yang terperangkap?


1. Bilakah saya perlu memasang Plug In Mos Free?

Anda dinasihatkan untuk memasang alat ini selama beberapa jam bergantung kepada saiz bilik yang diduduki. Alat ini menyerupai penghembusan nafas oleh manusia (haba & CO2) yang menarik perhatian nyamuk. Alat ini juga bertindak mengumpan nyamuk walaupun dengan kehadiran manusia di dalam bilik tersebut. Walaubagaimana pun, ia mungkin tidak dapat mencapai tahap kecekapan yang optimum,di mana tarikan semulajadi manusia lebih kuat berbanding alat ini.

2. Berapa lamakah saya perlu memasang alat ini?

Alat ini perlu dipasang untuk sekurang- kurangnya beberapa jam untuk memerangkap nyamuk. Anda juga boleh memasang alat ini selama 24 jam, atau pun menutup suis selepas 3- 6 jam digunakan.

3. Adakah alat ini berbahaya kepada manusia atau haiwan peliharaan?

Tidak. Alat ini adalah mesra alam dan selamat kepada manusia dan haiwan peliharaan. Salutan TiO2 di dalam unit ini juga telah terbukti selamat untuk manusia dan haiwan peliharaan. Ianya diluluskan oleh CE dan telah dieksport ke kebanyakan negara di dunia.

4. Di manakah saya perlu memasang alat ini?

Anda perlu memasang alat ini di tempat nyamuk sering berkumpul, rak kasut, berhampiran tanaman, di bawah meja, atau di ruangan yang tersembunyi.

5. Semasa saya menonton televisyen, bolehkah alat ini diletakkan berhampiran saya?

Boleh, tetapi alat ini mungkin menjadi kurang efektif di mana tarikan semulajadi manusia lebih kuat berbanding alat ini. Anda perlu membiarkan alat ini berfungsi selama beberapa jam sebelum menonton televisyen.

6. Berapakah ketinggian dari tanah untuk memasang alat ini?

Alat ini boleh diletak, dipasang atau digantung pada mana-mana objek luaran, dinding, beranda atau siling di mana ia dilindungi. Alat ini lebih berkesan jika ia diletak 1 meter dari tanah.

7. Bolehkah saya menggunakan alat ini di luar rumah?

Boleh. MosFree boleh digunakan di luar rumah, selagi ianya dilindungi daripada sinaran matahari, hujan dan kelembapan. Air hujan akan merosakkan kipas motor di dalam alat ini.

8. Adakah Plug In MosFree ini mengeluarkan bunyi bising?

Hanya kipas di dalam alat ini yang mengeluarkan bunyi, ianya sama seperti kipas di dalam komputer.

9. Adakah Plug In MosFree menarik serangga lain?

Ia telah direka secara khusus untuk menarik dan mengawal nyamuk serta serangga terbang yang lain.

10.Bolehkah saya menggunakan alat ini di dalam bilik anak saya dengan kehadiran mereka di dalam bilik tersebut?

Boleh, alat ini hanya membebaskan bilangan kecil CO2 berbanding hembusan nafas ibubapa. Akan tetapi, anda disarankan memasang alat ini beberapa jam sebelum tidur supaya dapat menangkap nyamuk lebih awal sebelum kanak- kanak masuk ke bilik. Anda juga boleh menutup suis apabila mereka sedang tidur.

11. Bolehkah saya memerangkap dan menghapuskan semua nyamuk di kawasan saya?

Pada dasarnya anda tidak boleh menghapuskan semua nyamuk kerana mereka terbang dari tempat- tempat berlainan. Walaubagaimanapun, anda dapat mengurangkan bilangannya di rumah anda.

12. Berapakah kos penggunaan alat ini?

Jika anda memasangnya selama 6 jam sehari, kos penggunaannya adalah lebih kurang RM2 sebulan.

13. Berapa lamakah MOSFREE boleh digunakan?

Sekiranya alat ini digunakan sebaiknya tanpa terkena sinaran matahari dan air hujan, ianya boleh bertahan sehingga beberapa tahun.

14. Adakah MOSFREE memerlukan sebarang penyelenggaraan?

Alat ini hanya memerlukan sedikit penyelenggaraan. Bersihkan kipas penyedut, corong, dan bekas jaring secara berkala. Lampu UV perlu ditukar sekiranya sudah rosak.

15. Apakah yang saya perlu lakukan dengan nyamuk yang terperangkap?

Nyamuk yang terperangkap akan terdehidrasi dan mati setelah beberapa jam. Jika anda memutuskan untuk memadamkan dan didapati masih ada beberapa ekor nyamuk-nyamuk yang hidup, dengan cepat bungkuskan bekas bahagian bawah mosfree yang berjaring didalam beg plastik supaya nyamuk-nyamuk tadi tidak boleh lari. Pusing dan tanggalkan bekas jaring tahan karat dan bersihkan nyamuk yang mati